Gunung Keriang






Gunung Keriang 
 Gunung Keriang berada kira-kira 8km dari bandar Alor Star. Gunung Keriang mempunyai ketinggian sebanyak 714 kaki. Terdapat pelbagai kemudahan seperti taman permainan, tasik buatan manusia dan juga tangga pendakian ke Gunung Keriang. Kemudahan seperti tempat meletak kenderaan, tandas awam dan taman permainan ada disediakan.
  Di perkarangan kaki gunung terdapat gerai-gerai yang menjual hasil mineral Gunung Keriang iaitu batu bunga. Batu-batu bunga ini sesuai untuk dijadikan perhiasan, cenderahati atau alat perhiasan diri seperti gelang tangan.
  Tidak jauh dari Gunung Keriang terdapat banyak lagi tempat menarik untuk dikunjungi seperti Muzium Padi, Pusat Renang Akuatik, perkampungan tradisional masyarakat petani dan Pusat Sains Negeri Kedah.




0 comments: