Muzium Padi merupakan muzium seumpamanya yang pertama dibina di Malaysia dan muzium ke-4 dibuka di dunia selepas negara Jepun, Jerman, dan Filipina.
Seni bina unik Muzium Padi mewakili tangkai beras yang dituai. Motif beras diulang menerusi ukiran bangunan, pemegang tangga, pintu pagar muzium dan pagar.
Muzium ini mempamerkan proses penanaman padi di Malaysia dan pelbagai peralatan yang telah digunakan selama ini. Sejarah penanaman padi di Malaysia dapat disaksikan melalui lukisan mural yang dihasilkan oleh 60 orang pelukis dari Korea Utara.
Muzium ini juga dibina bagi memperingati para pesawah yang bekerja keras membanting tulang bagi memastikan bekalan beras mencukupi di negara ini.
Pandangan jauh
0 comments: